Wednesday, 14 December 2011

Wayang Time!!

Seperti yg dijanjikan dalam entry sebelum ni..kali ni nk cite psl aktiviti hari Sabtu lepas..TENGOK WAYANG..hehehe..

So, sambungan dari entry tu....

I sampai midValley dlm kul 1 lebih kot..slps mencari parking. Paham-paham la parking midValley tu kan..kitorg park kt level 5a, zon G..dkt ckit ngn GSC, turun lif jek..hehe. Masuk je dlm mall, abg chik dh kuar statement :

"mama, abg chik nk enching"

So, haruslah papa yg bw abg chik sbb mama nk pi amik ticket free tu..mmg best la sbb xyah nk Q panjang-panjang. Trus pi kt reservation counter & collect ticket ;)

reservation counter

all comp (free)  =)

Disebabkan incik hubby ke toilet dgn abg chik, so abang & mimin la yg temankan i collect ticket

like this picture =)

Settle collect ticket, haruslah kitorg berposing kejap kan kt dpn GSC tu..ekekeke..incik hubby malu-malu sbb dia x suke amik gamba time org tgh ramai..hahahha..

mama pn nk posing gk =)

my precious

Pastu i & incik hubby bawa dak 3 org tu lunch kt mcDonald. Ingat nk mkn kt mcD atas (dpn GSC) tu je, tp terlalu la ramai manusia di situ. So, kitorg lunch kt mcD bawah (LG). As usual, abang & abg chik akan minta mainan..means kne la beli happy meal kan..bkn nk mkn sgt pon..nk toys je..huhu..

Abg chik request toys puss in boots, tp malangnye dh abih..cian abg chik..huhu. Tinggal humpty dumpty jek atau nama glamernye Humpty Alexander Dumpty. Okla tu abg chik, comey gk kan toys tu =)

Humpty Alexander Dumpty

abang & mimin

incik hubby & abg chik

Bila dh kenyang baru la best jalan-jalan kan. So, sementara tunggu show start, kitorg pn jalan-jalan pusing midValley. Dh lama kot x bawa 3kiddos jalan-jalan sbb tiap-tiap minggu ade je jemputan kenduri kawen (musim mengawan agaknye..ekekeke). Lebih kurang kul 3pm kitorg gi GSC semula sbb nk beli pop corn lak utk abang & abg chik. Pastu..snap..snap..snap. Incik hubby dh bebel-bebel time ni..rilek la sayang..hehehhe..

lolipop time!

abg chik ni inteprem lakss

mimin dh zzz before masuk hall

pose jap kt Puss in Boots poster

excited nk makan popcorn..hehehe..

Disebabkan poster Ombak Rindu sebelah poster Puss in Boots, so i snap la skali poster tu. Bila lah dlt tgk muvi ni..teringin bangat deh! I minta permission incik hubby utk tgk muvi ni ngn my opismate..sib baik dia bg..hehehe. Tq cayang..muahhhh ;)

Ombak Rinduuuuuuuu

Kul 3.30pm kitorg gerak utk masuk hall tp sebelum tu..kne make sure abang & abg chik buang ape-ape yg patut sbb mama & papa mls nk kuar masuk hall nnti..hehehe. Pas settle, baru leh masuk hall dgn aman. Show Puss in Boots kt hall 6 (hall kecik jek) sbb muvi ni dh agk lama ditayangkan..tp not bad la, selesa =)

tak nampak muka my hero

Lebih kurang kul 4pm muvi stat. Mimin takut sbb gelap kot, so sepanjang muvi i kne peluk dia. Agk lenguh gak la sbb dia dok seat sebelah kan..xpela, janji 3kiddos behave masa dlm hall. Takde la mengganggu ketenteraman awam..hahaha.. Paling i x sangka, abg chik bleh tido time tgk muvi tu. Bila lampu terbuka, tengok dia dh ternganga. Rugi sgt sbb x snap pic dia time tu. I kne dukong mimin yg takut-takut tu..nk suh incik hubby snap..jgn harap la..

Pas abih tgk muvi, i & incik hubby decide utk balik umah je trus utk rest. Apa yg pasti, kitorg happy sgt sbb cubaan pertama bawa 3kiddos tgk muvi berjaya..yeay!! So, boleh la bw dorg tgk muvi lg lain kali..tp mesti cite katun la kan..

turn mimin lak makan lolipop sbb td dia tido..hhehe..

Panjang gile entry i kali ni..hahahhaha.. Layan je la ye uollsss =)

p/s : mamiween, bile nk tgk ombak rindu ni??? Ri tu dh berjaya tgk Final Destination 5 ri Jumaat kan..hehehe..

Saturday, 29 October 2011

Amalan Romantik Suami Isteri

Assalamualaikum

Tadi i masa merehatkan mata & otak..i jenguk-jengukla kt FB member-member i. Then, ternampak artikel ni..rase mcm nk share ngn my readers la =)

Artikel tu bertajuk "Amalan Romantik Suami Isteri". Antara amalam-amalan tersebut adalah :

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya. Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH. Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”

Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya,
” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.

Nabi SAW menjawab, 
“Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya. Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI. Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya… Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.

So...boleh la korg praktikkan step-step dgn hubby masing-masing ye! I pn nk kene praktikkan sbb masih ade step yg x complete..uhuk..uhuk..uhk..

Good Luck uollsss!! =)

Pastu..leh layan pic i & incik hubby..hehehe...

@i-City, Shah Alam

@Marina Cove, Telok Batik

@Home, Tg. Karang

@Cameron Highland

@Home, Tg. Karang




Semoga i & incik hubby bahagia hingga ke akhir hayat..aminnnn...